Tuesday, 23 August 2011

Selena Gomez's fashion line : DREAM OUT LOUD

 I'm pretty sure you Selenators must have heard her amazing girly clothing line, Dream Out Loud. The Texas-born actress and singer fashion line which the theme is girly ( I think) and chic  was fast selling at K-Mart! Expect ruffles,plaid, stripes, laces, layers and patterns when you see her commercial! 


 Dream Out Loud is short for DOL. Cool huh? And by the way, this fashion line is obviously eco-friendly as the clothing line's symbol is a dove. I'm excited, Happy, Awe, Starstruck you name it! It's amazing, my type of fashion, really. 


 Plus, you teen girls should buy it too. Why? First, its cheap. Second, eventhough the prizes are cheap, but the fabrics made up of standard ones, eco friendly and super cute!


Check out a few photos from her fashion line. More at weheartit.com 








































 So what do you think? Amazing huh? I've pick these photos at weheartit.com  and google.com


 Do check it out! And don't forget to buy it! Its really cheap!**



Wednesday, 10 August 2011

Bunyi guruh : Wajarkah kita takut dengannya?

 


    Pada tahun lepas bulan November kalau tak silap, kawasan Ampang dilanda hujan lebat. Bukan saja hujan dia lebat, malah guruh juga sangat kuat pada hari tersebut manakala kilat sabung-menyabung.  
  
 Masa tu aku tengah tidur, hujan mula kira-kira pukul 4.00 atau 6.00. Sedar-sedar dah pun bila satu bunyi guruh kuat hingga membangunkan aku. Bila aku jenguk kat tingkap, memang tersangatlah mendung. Kemudian aku pergi bilik abang aku. Aku tengok adik aku yang berusia 2 tahun sedang menutup telinganya. Aku datang dekat. " Jangan takut dik. Jom kita pergi Umi dengan Ayah nak?" . Dia pun menangguk kepalanya.


 Ketika keluar bilik, tiba-tiba kami terdengar bunyi guruh. Memang aku kecut perut and terkejut gila! Alalala, aku pun takut bunyi guruh jugak. Kemudian hujan dah pun mula turun, aku dapat mendengar desiran angin dan bunyi hujan yang lebat. Tiba-tiba guruh tu tak henti-henti berbunyi. Begitu juga dengan kilat. Memang dashyat habis!


 Aku beranikan diri dan mengintip ke luar rumah. Unexplainble. I was horrified. Aku terus duduk bersama adikku. Ayah sedang nyenyak tidur manakala ibu pula keluar rumah untuk beli barang. Aduhaii...camner pulak aku boleh ibu keluar rumah? Ish3...


 Adik aku pulak mula nangis. Aku pun dapat merasakan vibration apabila terdengar bunyi guruh.  Aku pun tutup jugak telinga. Sejak tulah aku takut bunyi guruh. Itulah fobia aku yang sebenar. Guruh yang berbunyi sejurus selepas petir kelihatan manakala petir pula adalah kilauan putih/hijau/merah yang memancar di celah-celah awan dengan bentuknya seperti statik elektrik. Dua-dua perkara itulah yang aku sangat takuti. Untuk pengetahuan semua, petir ni 6 kali lebih panas daripada matahari.
  
 Bila aku tengok blog lain, ye kita memang wajar takut bunyi guruh. Pada zaman Nabi dulu, apabila hujan kuat Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya akan ke masjid dan melaungkan azan. Jadi, kpd sesiapa yg takut/fobia bunyi guruh memang aku faham perasaan korang.


 Mesti ada yang memandang sinis kan? "Penakut" adalah antara perkataan yang keluar daripada mulut diorang. Kalau fobia dengan bunyi guruh, korang kena istigfar banyak-banyak apabila hujan kuat.  InsyAllah, lama kelamaan mesti korang akan terbiasa dengan bunyi guruh. Itupun kalau korang meneruskan beristigfar. 


 Kawan baik aku pun cuak dengan bunyi guruh. Tiap-tiap hari mesti dia akan menjenguk ke tingkap dan pandang ke atas langit. Aku tahu dia sedang memerhati jikalau ada mendung. Kalau aku mendung, mulalah dia rasa gelisah. Aku pun rasa gelisah. Cara terbaik untuk mengelak ketakutan kami ialah dengan beristigfar dan masuk ke bilik di tingkat bawah ( bilik tu bilik nenek kitorang tidur, so bilik tu takde tingkap). Tapi aku ada lah jugak keluar-keluar kan. Dia langsung tak nak keluar.


  Pada bulan Januari, Februari, Mac, April dan May 2011 merupakan musim hujan lebat. Setiap hari ada hujan bersamaan dengan bunyi guruh yang kuat. Aku rasa bulan terakhir hujan lebat ialah pada bulan May. Sangat kuatlah bunyi guruh tu, sampai aku terpeluk ayah. Ketika tu malam juga pada hari Ahad, pukul 9.00 malam. Kami sedang menonton Mentor minggu yang terakhir tapi tengok-tengok hujan :( Sedihh..


  Cakap balik tentang kawan baik aku, dia pernah berkata dengan nada sedih, " Kenapa orang lain fobia dengan kegelapan? Kalau takut dengan kegelapan senang sahaja utk menghindarkan ketakutan tersebut. Iaitu menekan suis lampu. Kenapa kebanyakan orang takut ke laut? Sebab takleh berenang? Atau ada sebab lain? Apa-apa je sebab dia, senang sahaja utk menghindari ketakutan tersebut. Kalau takut dekat air, just stay off the sea and sit down. The water is not making scary sounds just like thunders. Tapi bagaimanakah pula dengan orang yang fobia dengan guruh? Apakah cara terbaik untuk menghindari ketakutan tersebut?"


 Betul jugak apa dia cakap. Apakah cara terbaik untuk menghindari ketakutan pada bunyi guruh yang memang tidak boleh diramal berlaku, boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga, tak boleh lari dan seriously, mana kau nak lari? Pergi shopping mall? Andai kata kereta takde dan bas pun 1 km dari rumah. Camner? Renung-renungkanlah..



Saturday, 6 August 2011

Syafiq Yusof : Adik Syamsul Yusof

 Korang dah tau dah ke sapa Syafiq Yusof ni? This good-looking and not to mention handsome guy is Syamsul Yusof's brother. Syafiq,18, kini sedang mengarah filem arahan pertamanya iaitu SAM ( Saya Amat Mencintaimu) yang dibarisi dengan pelakon berbakat iaitu Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof dan Neelofa. Konfirm meletup!


Syafiq Yusof sewaktu pelancaran filem SAM 

 Pelancaran filem 'SAM' telah berlangsung di Finas, 4 Julai 2011 lepas pada jam pukul 8 malam. Handsome ak dia? Hehe, abang dia pun handsome jugak. Kalau aku tengok, aku rasa Syafiq akan tampil lebih hebat daripada abang dan ayahnya sebab dia banyak gunakan CGI effects.
  
Korang yang pernah tengok video dia dekat Youtube mesti dah layan kan filem pendek dia iaitu Along, Sakit dan Abangku Gengster yang mendapat sambutan hangat dari peminat. Caiyok Syafiq! Pengarah muda ini juga terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kuala Lumpur Metropolitan University College(KLMU) bagi menjalakan projek filemnya pertamanya itu. 
Anak bongsu kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini berkata, dia berehat selama dua semester bagi memberi sepenuh perhatian pada pembikinan filem tersebut.
"Saya tangguhkan dua semester kerana ingin memberi tumpuan kepada filem ini, Ia merupakan filem pertama dan saya mahu berikan yang terbaik.
"Pada awalnya, memang saya merancang untuk tamatkan pengajian terlebih dahulu dan selepas itu barulah fokus pada bidang ini, tapi peluang tu datang dalam waktu yang singkat.
"Lagi pula bukan senang untuk dapat kepercayaan daripada ayah saya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem SAM, di Dataran Karyawan, Finas, di sini, Isnin.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan pelakon-pelakon filem tersebut seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, dan Neelofa.
Sementara itu, kata Syafiq, dia sudah bersedia untuk mengarah sebuah filem selepas diberi peluang mengarahkan beberapa buah siri drama “Gerak Khas”.
"Saya sudah dibesarkan dalam keluarga yang bercakap tentang filem setiap hari, saya selalu mengikut setiap pembikinan drama atau filem yang dibuat oleh ayah dan abang. 





"Ayah juga telah beri peluang saya untuk mengarahkan drama “Gerak Khas” untuk tiga 
episod awal tahun lalu," katanya.
Tambahnya, dia bersyukur mendapat sokongan penuh daripada ayah dan abangnya untuk menjayakan filem sulungnya itu.
"Abang saya akan turut berlakon dalam filem ini, memang kalau boleh saya mahu dia berada bersama saya dan membantu mengarahkan filem ini," katanya yang menganggap Syamsul sebagai idola dan sumber inspirasinya.
Dalam pada itu, biarpun bukan genre filem kegemarannya, namun Syafiq yakin suntikan filem cinta kepada “psiko thriller” ini bakal mendapat perhatian penggemar filem.
"Saya suka filem aksi komedi dan artistik dan kurang menggemari filem cinta tapi saya anggap ini adalah cabaran," katanya.
Filem tersebut bakal memulakan penggambaran pada 8 Julai ini di sekitar Lembah Klang dan dijangka ditayangkan pada 2012.
Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.
Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.
Footnote : Okay, seriously. Kawan aku dah betul2 angau dengan si Syafiq lepas tengok gambar dia lama-lama. #lame-o much