
Pada tahun lepas bulan November kalau tak silap, kawasan Ampang dilanda hujan lebat. Bukan saja hujan dia lebat, malah guruh juga sangat kuat pada hari tersebut manakala kilat sabung-menyabung.
Masa tu aku tengah tidur, hujan mula kira-kira pukul 4.00 atau 6.00. Sedar-sedar dah pun bila satu bunyi guruh kuat hingga membangunkan aku. Bila aku jenguk kat tingkap, memang tersangatlah mendung. Kemudian aku pergi bilik abang aku. Aku tengok adik aku yang berusia 2 tahun sedang menutup telinganya. Aku datang dekat. " Jangan takut dik. Jom kita pergi Umi dengan Ayah nak?" . Dia pun menangguk kepalanya.
Ketika keluar bilik, tiba-tiba kami terdengar bunyi guruh. Memang aku kecut perut and terkejut gila! Alalala, aku pun takut bunyi guruh jugak. Kemudian hujan dah pun mula turun, aku dapat mendengar desiran angin dan bunyi hujan yang lebat. Tiba-tiba guruh tu tak henti-henti berbunyi. Begitu juga dengan kilat. Memang dashyat habis!
Aku beranikan diri dan mengintip ke luar rumah. Unexplainble. I was horrified. Aku terus duduk bersama adikku. Ayah sedang nyenyak tidur manakala ibu pula keluar rumah untuk beli barang. Aduhaii...camner pulak aku boleh ibu keluar rumah? Ish3...
Adik aku pulak mula nangis. Aku pun dapat merasakan vibration apabila terdengar bunyi guruh. Aku pun tutup jugak telinga. Sejak tulah aku takut bunyi guruh. Itulah fobia aku yang sebenar. Guruh yang berbunyi sejurus selepas petir kelihatan manakala petir pula adalah kilauan putih/hijau/merah yang memancar di celah-celah awan dengan bentuknya seperti statik elektrik. Dua-dua perkara itulah yang aku sangat takuti. Untuk pengetahuan semua, petir ni 6 kali lebih panas daripada matahari.
Bila aku tengok blog lain, ye kita memang wajar takut bunyi guruh. Pada zaman Nabi dulu, apabila hujan kuat Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya akan ke masjid dan melaungkan azan. Jadi, kpd sesiapa yg takut/fobia bunyi guruh memang aku faham perasaan korang.
Mesti ada yang memandang sinis kan? "Penakut" adalah antara perkataan yang keluar daripada mulut diorang. Kalau fobia dengan bunyi guruh, korang kena istigfar banyak-banyak apabila hujan kuat. InsyAllah, lama kelamaan mesti korang akan terbiasa dengan bunyi guruh. Itupun kalau korang meneruskan beristigfar.
Kawan baik aku pun cuak dengan bunyi guruh. Tiap-tiap hari mesti dia akan menjenguk ke tingkap dan pandang ke atas langit. Aku tahu dia sedang memerhati jikalau ada mendung. Kalau aku mendung, mulalah dia rasa gelisah. Aku pun rasa gelisah. Cara terbaik untuk mengelak ketakutan kami ialah dengan beristigfar dan masuk ke bilik di tingkat bawah ( bilik tu bilik nenek kitorang tidur, so bilik tu takde tingkap). Tapi aku ada lah jugak keluar-keluar kan. Dia langsung tak nak keluar.
Pada bulan Januari, Februari, Mac, April dan May 2011 merupakan musim hujan lebat. Setiap hari ada hujan bersamaan dengan bunyi guruh yang kuat. Aku rasa bulan terakhir hujan lebat ialah pada bulan May. Sangat kuatlah bunyi guruh tu, sampai aku terpeluk ayah. Ketika tu malam juga pada hari Ahad, pukul 9.00 malam. Kami sedang menonton Mentor minggu yang terakhir tapi tengok-tengok hujan :( Sedihh..
Cakap balik tentang kawan baik aku, dia pernah berkata dengan nada sedih, " Kenapa orang lain fobia dengan kegelapan? Kalau takut dengan kegelapan senang sahaja utk menghindarkan ketakutan tersebut. Iaitu menekan suis lampu. Kenapa kebanyakan orang takut ke laut? Sebab takleh berenang? Atau ada sebab lain? Apa-apa je sebab dia, senang sahaja utk menghindari ketakutan tersebut. Kalau takut dekat air, just stay off the sea and sit down. The water is not making scary sounds just like thunders. Tapi bagaimanakah pula dengan orang yang fobia dengan guruh? Apakah cara terbaik untuk menghindari ketakutan tersebut?"
Betul jugak apa dia cakap. Apakah cara terbaik untuk menghindari ketakutan pada bunyi guruh yang memang tidak boleh diramal berlaku, boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga, tak boleh lari dan seriously, mana kau nak lari? Pergi shopping mall? Andai kata kereta takde dan bas pun 1 km dari rumah. Camner? Renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment