
There's so many words to describe this awesome pawsome book ! There are love stories , thrilling , suspense , evil genius , cruelty , brilliant you name it! Buku ni memang besttt !! Mempunyai 371 mukasurat, korang pasti akan sentiasa membelek-belek mukasuratnya sebab memang best! Oopss , sebelum tuhh , novel ini ditulis oleh Ain Maisarah ( ehhh , dah jelas kan , nama dia ada kat cover ! heeeeeee ). Kalau korang x baca lagi Impiana I dan II , that's really okay sebab Kak Ain dah flashback semua yang terjadi kpd bekas pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar yang kini sudah berumur 28 tahun . Ada yang sudah berumahtangga seperti Farah dan Fahrin, dan juga Diana, the only Wannababes who got a family.
BTW, semua watak-watak dalam buku ni ialah ahli-ahli The Wannababes ( Fasha, Shasha, Nana, Sazzy, Diana, Fazura dan Linda) , Amir, Ina, Farah, Fahrin, Tengku Affin, Pai'e dan Mimi Monira! Pendek kata , semua wataknya adalah daripada buku novel Ain Maisarah dahulu iaitu Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Saiz S !
Cerita ini ialah mengenai Syarikat Impiana, sebuah syarikat yang merealisasikan impian setiap manusia dalam masa tiga bulan. Tetapi melalui cara yang paling kejam ( really, memang kejammm ! ). Antara bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar yang pernah mendafter ialah Fahrin, Linda, dan Shasha. Klien terbarunya yang berdaftar ialah ketua The Wannababes , Fasharina Binti Tan Sri Hashim, Nana Ilyana dan Mohd. Faezal Rahiman aka Pai'e.
Syarikat Impiana merancang untuk membunuh klien seperti yang disebut tadi supaya impian Mimi Monira, kini seorang 'pendamping' Impiana, dapat direalisasikan. Sementara Nana berada di penjara Sungai Buloh , Mimi menyuruh 'pesuruh' Impiana supaya meletak racun arsenik pada minuman Nana ketika makan. Manakala Halil, seorang lagi 'pesuruh' ditugaskan untuk membunuh Pai'e yang ketika itu peserta Akademi Popular, dibunuh secara kemalangan ketika raptai penuh Akademi Popular.
Fasha meninggal dunia selepas dia diculik oleh seorang pendamping Impiana ketika di KLIA untuk ke Dubai. semua pelajar Sekolah Sri Bangsar amat sedih dengan kematian Fasha yang tragis sekali. Amir adalah yg paling sedih ( yelah kann , tunang dia ). Tetapi , ada hikmah di sebalik kematian Fasha-- bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar terima berita gembira. Apa berita gembira tu? Takkan Fasha hidup balik, dia sudah diracuni oleh Mimi dengan menggunakan racun Tetrodoxidin. Nak tahu sila lah baca buku ni ya !
Satu lagi, buku ni jugak banyak unsur mengenai agama. Semua ahli The Wannababes sudah pun berubah. Kecuali Fazura yang rambutnya sudah berwarna perang dan masih lagi seperti sebelas tahun dahulu. Dulu pakai baju seksi, kini tampil lebih ayu dengan tudung lilitan sifon. Contohnya seperti Fasha, yang masih meneruskan tugasnya sebagai hamba Allah ( solat ) dalam keadaan yang darurat. Fasha solat duduk di atas kerusi sambil kaki dan tangannya diikat dengan ketat mengunnakan dawai. Habis lebam kebiruan kulit putih mulus Fasha.
Disamping itu, saya suka percintaan antara Ina dan Tengku Affin. Ina seorang gadis biasa yang bekerja sebagai doktor di sebuah hospital. Manakala Tengku Affin pula ialah anak yang berdarah raja. Bukan anak sembarangan. Bonda Tengku Affin menyatakan syaratnya kepada Ina; apabila sudah berkahwin dengan Tengku Affin , maka dia kena menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak. Manakala si suami perlu mencari rezeki. Ina tidak setuju , jadi berlakulah pertengkaran antara dua kekasih itu.
Selain Ina dan Tengku Affin , saya sebenarnya lebih menyukai pasangan Fasha dan Amir. Diorang tak melebih-lebih and just keep it low key as possible. Saya suka hubungan macam tu :) Simple and not over. Takpayah nak bagitau satu dunia yang diorang tu demam cinta. Ye, Amir memang over protective pada Fasha, ( teringat pulak muka Fasha Sandha yang pakai tudung dalam sesetengah drama. Gorgeous ! ) tapi diorang tak berkepit 24/7 :) Of course, siapa yang tak sayang gf dia kan kan kan ? Go go Amir and Fasha !
Jalan cerita pula tidak membosankan , ada flashback , ada banyak perkara yang berlaku setiap mukasurat. Ada gelak ketawa, ada suka dan duka ! Saya paling suka bagaimana Mimi Monira bijak menangani situasi dan menipu 'pesuruh'. Korang taulah nanti macam mana Mimi menghalang cubaan membunuh Nana dalam penjara ! Segalanya memang susun dan terkemas , Miss Coco tak pening pun baca sebab tekun sangat :) Cayalah Kak Ain!
Furthermore, I'm thinking that if this was made into a movie it will be a hit ! Hmm, kalau di bawah arahan KRU kan bagus ? Ala-ala Harry Potter pulak ye ? Hehe . Anyways, Impiana IV : Finale sudahpun ada di pasaran ! Kali ini pula, siri ke-4 ini ialah impian bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar ! Cayalah !
Akhir kata, buku ini memang WAJIB diberi penghormatan and a standing ovation. Ain Maisarah forever!
No comments:
Post a Comment